Buletin 
JKR Perak Tengah

Yang Datang dan Yang Pergi
Beberapa staf JKR Perak Tengah telah pun mengalami pertukaran ke tempat lain baru-baru ini termasuklah Jurutera Daerah dan Jurutera Jalan.

En. Ghazali Mohd Nor

Pn. NorAisyah Nazeri
Jurutera Daerah En. Ghazali Mohd Nor telah bertukar ke JKR Kota Setar pada Oktober 2001 yang lalu. Sebelum itu, Jurutera Jalan, Pn. NorAishah Nazeri  bertukar ke JKR Ibu Pejabat Kuala Lumpur kerana terpaksa mengikuti suami beliau.
Terlibat juga dalam pertukaran tersebut ialah dua orang Pembantu Teknik, En. Hamidi Ishak, bertukar ke JKR Teluk Intan sementara En Mohd Kamal Abd Ghani ditukarkan ke JKR Labuan kerana kenaikan pangkat. 

En. Hamidi Ishak

En. Mohd Kamal Abd Ghani

En. Mohd Radhi Che Wah
Seorang lagi Pembantu Teknik ialah En. Mohd Radhi Che' Wah, memilih bersara awal.

JKR Perak Tengah telah mendapat Jurutera Daerah yang baru iaitu En.Ir.Ab Manan bin Embong dari JKR Kota Setar. Seorang lagi jutera yang berpindah dari JKR Teluk Intan ialah En. Ramli, ditempatkan sebagai Jurutera Jalan.

Dua orang Pembantu Teknik dan seorang Juruteknik juga adalah merupakan muka baru di JKR Perak Tengah ini. Mereka ialah En. Fuad, Pembantu Teknik Kanan Bangunan,  En.  Azizol Amri bin Ahmad Khalid dan en. Lokman yang bertukar dari JKR Sbak Bernam.

Kepada mereka yang bertugas di tempat baru JKR Parit mengucapkan selamat bertugas dengan lebih cemerlang. Ingatilah kami selalu dalam setiap kejayaan anda. Kepada mereka yang baru bertugas di JKR Perak Tengah, kami mengalu-alukan kedatangan anda di tempat yang penuh sejarah ini dan semoga terpahat tinta-tinta sejarah yang akan diukir oleh anda di Perak tengah ini...!!!!!!
 


PERASMIAN JAMBATAN NORDIN TG. BELANJA OLEH PADUKA SERI SULTAN PERAK
 


XPDC KE GUNUNG KINABALU AHLI-AHLI KELAB SUKAN KERJARAYA JKR PERAK TENGAH