PERAK TENGAH |
PENGENALAN
Bandar
Seri Iskandar merupakan pusat pentadbiran daerah ini manakala Kampung Gajah
pula merupakan sebuah Daerah Kecil di daerah ini.
Daerah Perak Tengah merupakan sebuah daerah
yang penuh bersejarah di mana di daerah inilah telah
Jika
kita sebut nama Pasir Salakmaka kita tidak dapat memisahkannya dengan Pahlawan-pahlawan
Melayu yang terkenal seperti Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan yang seangkatan
dengan mereka.
SEJARAH, PERKEMBANGAN DAN AKTIVITI JABATAN KERJA RAYA PERAK TENGAH JKR
Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1hb. Ogos 1979. Penubuhan JKR
Daerah Perak Tengah ini adalah disebabkan oleh beberapa aspek. Pertamanya
adalah kerana Daerah Perak Tengah sendiri yang telah ditubuhkan pada 1936
iaitu lebih 40 tahun usianya tentunya banyak program-program pembangunan
yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia. Dengan adanya sebuah
organisasi JKR di bawah pentadbiran Daerah Perak Tengah secara langsung
maka proses perlaksanaan program-program pembangunan akan menjadi lebih
baik dan berkesan.
Semasa
ditubuhkan pada tahun 1979 kakitangannya hanya terdiri daripada seorang
Jurutera Kerja dan
beberapa orang kakitangan iaitu seorang Kerani, Juruteknik, Juruteknik Rendah, Pelukis Pelan serta beberapa orang Pekerja Am. Memandangkan kepada tugas yang berat yang ditanggung oleh seorang Jurutera Kerja dalam melaksanakan program-program pembangunan di dalam daerah maka pada tanggal 1hb. Januari 1981 jawatan tersebut telah dinaiktaraf kepada jawatan Jurutera Daerah JKR Perak Tengah sepertimana daerah-daerah yang lain. Setelah
beberapa tahun kemudian JKR Perak Tengah telah berkembang menjadi sepertimana
JKR Daerah lain yang mana ianya dipimpin oleh Jurutera Daerah yang mentadbir
Bahagian Pentadbiran, Bangunan, Jalan, Pendidikan, Elektrik, Stor, Senibina
dan Ukur Bahan serta mempunyai Cawangan-cawangan kecil di bawahnya yang
mempunyai peranan masing-masing. Kini JKR Perak Tengah mempunyai 154 orang
kakitangan.
Bangunan PejabatPejabat JKR Daerah Perak
Tengah semasa penubuhannya pada tahun 1979, terletak di Jalan Kelab, Parit.
Tarikh
18hb. September 1993 merupakan satu tarikh yang amat bersejarah bagi Derah
Perak Tengah
amnya dan JKR Perak Tengah khususnya kerana telah berpindah dari Pekan Parit ke pejabat baru yang moden dan selesa di Aras 3 Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar, Bota yang baru disiapkan pembinaannya.
Struktur JabatanSelain dari pejabat pentadbiran di Kompleks Pentadbiran Daerah Seri Iskandar, JKR Perak Tengahmempunyai tiga buah cawangan kecil iaitu Cawangan Kg. Gajah, Tanjong Belanja dan Stor Parit.Cawangan Kg. GajahKg. Gajah yang merupakan
Cawangan Kecil di bawah Pentadbiran Daerah Perak Tengah suatu ketika
dahulu hanya terdiri dari beberapa buah deretan kedai. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Kg. Gajah
kawasan Seberang Perak hingga ke Mukim Kota Setia. Cawangan Tanjong BelanjaCawangan Tanjong Belanja pula merupakan bahagian yang mengawasi kerja-kerja selenggaraan jalan danJambatan Nordin iaitu Jambatan Bailey yang menyeberangi Sungai Perak. Seorang Juruteknik danbeberapa orang Pekerja Am ditempat di cawangan ini.Pejabat bagi cawangan ini
telah dibina pada tahun 1954 dan terletak bersebelahan dengan Jambatan
Nordin di mana fungsi utamanya adalah untuk kerja-kerja selenggaraan jambatan
tersebut. Pejabat ini kemudiannya di bina semula pada tahun 1997 bagi menggantikan
bangunan lama.
Cawangan Stor Parit pula adalah merupakan Cawangan
Stor dan Kenderaan JKR Perak Tengah. Tiga
Nama-Nama Jurutera Daerah JKR Perak Tengah
|